Aku rasa agak terkilan bila ada orang tak suka (nampak macam tak suka) aku buat sesuatu.
Sesuatu yang aku buat ni bukanlah maksiat, malah jauh sekali.
Sesuatu yang aku buat ni secara tak langsung menambah keceriaan aku.
Aku manusia biasa, jiwa aku juga perlukan makanan.
Kalau boleh (kalau boleh la), kalau tak nak bagi sokongan pun, buat-buat suka pun cukup la, sekurang-kurangnya perasaan aku tak gelisah.
Kalau ada yang aku abaikan bila aku buat sesuatu ni, harap boleh terus terang.
Aku sedaya upaya cuba seimbangkan.
Tapi walau macam mana pun aku akan (wajib) teruskan.
Semoga ALLAH terus memberikan aku kesabaran dan istiqamah.
Ni hanya ujian kecil daripada ALLAH berbanding apa yang terjadi semalam di Kuala Pilah.
Tak dapat nak dibayang perasaan isteri arwah yang anak-anak masih kecil.
Tapi mungkin dapat mententeramkan hatinya bahawa hakikat suaminya meninggal dunia dalam keadaan berjihad, berjihad menuntut ilmu, insyaALLAH.
Semoga ALLAH merahmati arwah dan menerima amalan arwah.
Semua yang aku buat pun salah satu sebabnya untuk keluarga.

wassalam.