Mu’aaz… no more medicine for you :D

Dihantar pada September 27th, 2007 dalam Me, Mu'aaz oleh Abu Mu'aaz

Visit Mu’aaz’s new paediatrician just now and he said that we can stop giving all the medicine starting this weekend. Phewww!!! What a relief :D

Mu’aaz is taking all sort of medicine for almost 2 months now. An advice to new parents out there: seek 2nd, 3rd, 4th… opinion even the regular paediatrician works in fancy hospital and got degrees from all over the world if your child condition is still the same or getting worst.

tido

wassalam.

Selepas 2 tahun…

Dihantar pada September 26th, 2007 dalam Me, Melancong oleh Abu Mu'aaz

Pagi tadi terlambat sikit bertolak dari rumah untuk ke pejabat (Mu’aaz la ni, susah sangat nak makan ubat :D ). Dah agak mesti terpaksa beratur kereta di satu simpang tunggu lampu isyarat untuk belok ke kanan. Sampai saja di simpang, dah panjang kereta beratur, tengah pening-pening lalat ikut la sama beratur di belakang sekali bila dalam masa yang sama ada kereta yang ke depan potong barisan.

Bila dah lepas simpang tu, terfikir kenapa aku tak ikut potong juga? Dah lebih 4 tahun aku tinggal di kawasan perumahan tu, pernah saja aku potong barisan di tempat yang sama… lepas tu teringat seminggu lepas aku berhenti kereta untuk bagi laluan untuk orang melintas jalan di lintasan kuda belang (zebra crossing), orang tu pandang pelik kat aku… bila teringat ni aku sedar lepas hampir 2 tahun aku balik dari Texas, aku masih terikut-ikut “budaya jalan raya” di sana walaupun cuma 3 bulan di sana dan memandu pun bergilir-gilir 3 orang.

Pontiac G6 GM Pontiac G6

Teringat waktu mula-mula balik aku memandu dari KLIA, bila sampai di pekan kecil Dengkil, aku marah orang memandu salah arah, padahal aku yang salah :D beli barang di stesen minyak, baki sen-sen aku tak nak ambil (budaya “tips” di Texas), tahan pintu pejabat untuk orang yang ikut di belakang untuk masuk sekali dan lain-lain lagi.

65 Batu Sejam 65 Batu Sejam

Waktu balik dari San Francisco (3 tahun lebih dah) tak pula aku terikut-ikut budaya “tips” (budaya jalan raya tak la sebab banyak jalan kaki saja di SF :D ) dan aku tak kutip apa-apa budaya pun di Holland. Mungkin sebab cuma 10 hari di San Francisco dan 20 hari di Holland, tak cukup lama untuk kutip budaya-budaya macam ni.

Belanda Di Holland naik kerata api

Kalau 3 bulan dah cukup untuk budaya ni kekal dalam diri aku walaupun dah 2 tahun berlalu, sangat beruntung sesiapa yang berpeluang belajar/bekerja di luar negara untuk kutip budaya-budaya baik yang susah nak jumpa di Malaysia. Tapi ada juga yang belajar di Mesir bertahun-tahun kurang fasih berbahasa Arab :D

wassalam.

Dah kata dah…

Dihantar pada September 25th, 2007 dalam Kenderaan, Me oleh Abu Mu'aaz

Kan aku dah kata (klik sini [poin nombor 2])…

Kereta

wassalam.

Mu’aaz kena serkup

Dihantar pada September 22nd, 2007 dalam Me, Mu'aaz oleh Abu Mu'aaz

Serkup

Dengan bantuan Pak Long dia, berjaya ambil gambar Mu’aaz kena serkup.

Cari mana Mu’aaz dalam gambar…

wassalam.

Mu’aaz masuk hospital :-(

Dihantar pada September 20th, 2007 dalam Me, Mu'aaz oleh Abu Mu'aaz

Mu'aaz masuk hospital

Dalam pukul 5 petang tadi selepas x-ray dada, Mu’aaz didapati menghidap pneumonia. Doktor nasihatkan Mu’aaz dimasukkan ke wad.

wassalam.

Mu’aaz Berjalan?

Dihantar pada September 10th, 2007 dalam Me, Mu'aaz oleh Abu Mu'aaz

Dah dekat sebulan berkira-kira nak belikan Mu’aaz walker; Fisher Price ada 2 jenis dan 1 jenis lagi Disney. Akhirnya pilih yang paling murah (murah RM10 saja) – Disney:

Mu'aaz Berjalan

Kelajuan dia (siap tak sempat brek tu :) ):

Boleh tengok di sini juga.

wassalam.

Ramadhan 1428 H

Dihantar pada September 4th, 2007 dalam Islam, Me oleh Abu Mu'aaz

Sempena Ramadhan 1428 H ni, jom la pakat kita download fail kat bawah ni dan amalkan.

Pertunjuk Puasa Nabi SAW

wassalam.