Ampai

Dihantar pada June 23rd, 2008 dalam Me, Rumah oleh Abu Mu'aaz

Hujung minggu lepas siapkan pemasangan kipas dalam bilik dan baki lampu yang tinggal tak pasang.

Selain tu beli juga ampai besi tahan karat:

Hari Sabtu pasang sebelah. Susah sikit sebab “drill bit” paling besar 8mm saja… “wall plug” untuk ampai ni 12mm, jadi kena goyang-goyang untuk dapatkan 12mm. Hari Ahad beli “drill bit” 12mm, tak sampai setengah jam dah siap.

—-

Sesiapa nak beli kipas dan pasang sendiri dinasihatkan elakkan beli kipas Alpha V8.

Walaupun bilah-bilah kipas ni ringan – guna ABS (bahan yang biasa digunakan untuk buat bodykit kereta), tapi motor kipas ni berat tak ingat punya. Selain tu, panduan pengguna sangat la tak boleh diharap.

Memang serik dah dengan kipas ni… lepas ni memang beli Panasonic atau KDK saja.

Sampai ke hari ni, kipas ni tak terpasang lagi… rasa macam nak jual pun ada :D

wassalam.

Fuel…

Dihantar pada June 19th, 2008 dalam Kenderaan, Me oleh Abu Mu'aaz

This morning my car trip meter clocked 436.3 KM with more then 1/4 of fuel left in the tank.

436.3

And the onboard “computer” calculate that my average fuel usage is 17.2 KM per liter.

17.2

With above figure, 17.2 KM x 42 liter (fuel tank capacity) = 722.4 KM. I can go back to Perlis and return half way before I need to refill… if only I can drive average of 90 KM/h all the way. :D

17.2 KM = 1 liter

17.2 KM = RM 2.70

1 KM = RM 2.70 / 17.2 KM

1 KM = RM 0.16

100 KM = RM 16.00

——–

17.2 KM = 1 liter

1 KM = 1 liter / 17.2 KM

100 KM = (1 liter / 17.2 KM) * 100

100 KM = 5.81 liter

wassalam.

Menunggang Buddy Red

Dihantar pada June 18th, 2008 dalam Kuda, Me oleh Abu Mu'aaz

Lepas sebulan lebih tak menunggang kuda, hari ni mula balik. Tapi minggu depan terpaksa berhenti balik sebab Premier Cup Series yang ke-2 pula akan berlangsung. Jom ramai-ramai! :D

Memang sekarang ni Buddy Red jadi kuda tunggangan aku setiap kali belajar. Hari ni belajar buat bulatan dalam paddock segi empat.

  1. Kaki aku masih bermasalah nak kekal dalam stirrups bila sitting trot dan canter
  2. Masa posting trot pun kaki tak betul lagi, susah nak tekan ke bawah dengan tumit, masih tekan guna hujung kaki lagi.
  3. Bila tekan dengan hujung kaki, badan akan hilang kelembutan (stiff), posting jadi tak selesa
  4. Bila badan tak lembut, tangan pun huru-hara. Hari ni jari manis tangan kanan melecet. Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui sebab apa jari manis yang melecet

Selain tu, hari ni ada juga perkara yang seronok bila Buddy Red tak mau dengar arahan. Seronok sebab “adrenaline rush” bila nak imbang badan supaya tak jatuh. :D

Macam ni la cara yang betul untuk pegang reins dalam disiplin menunggang English. Reins diletakkan antara jari manis dan jari kelingking. Sebab tu la jari manis yang melecet.

Sumber gambar: www.imeha.org/doublebridle.html

wassalam.

Walk, Trot, Canter, Halt, Back

Dihantar pada June 17th, 2008 dalam Kuda, Me oleh Abu Mu'aaz

Ni la contoh apa yang aku belajar. Video ni tak sampai seminit, bayangkan la sejam :D

wassalam.

Premier Cup Series – Hari Ke-2 & Ke-3

Dihantar pada June 16th, 2008 dalam Kuda, Lain-lain, Me oleh Abu Mu'aaz

Sengih

Budak tak reti dok diam (tapi takut kuda).

Lompatan juara (Helena Gabrielsson).

Majlis penyampaian hadiah oleh DYMM (dah tak ada misai) sambil diperhati Che Det.

Fawwaz & Moro

Fawwaz menunggang Moro (kuda kegemaran Che Det) bersama mak dia.

Penunggang ekuestrian negara yang terkenal, Qabil Ambak bagi alasan yang kuda dia dah tua (17 tahun) sebab tu dia cuma dapat tempat ke 4 dan 5.

Tapi memang betul pun, kalau tengok Samsung Super League kat Astro baru-baru ni pun paling tua kuda yang digunakan 13 tahun saja… kiranya kuda Qabil ni masih bagus sebab satu “fault” saja walaupun dah tua.

wassalam.

Premier Cup Series – Hari Pertama

Dihantar pada June 13th, 2008 dalam Kuda, Me oleh Abu Mu'aaz

Gambar-gambar yang aku ambil dengan kamera telefon:

Gelanggang untuk “dressage“.

Pertunjukkan kebudayaan (silat, bukan kuda kepang :D )

Acara “show jumping” sedang berlangsung.

Majlis penyampaian hadiah (pasukan DBKL no. 1)

wassalam.

Premier Cup Series

Dihantar pada June 11th, 2008 dalam Kuda, Me oleh Abu Mu'aaz

Untuk sesiapa yang berminat nak saksikan sukan berkuda secara langsung di depan mata sendiri, bermula Jumaat ni (13-Jun-2008) hingga Ahad (15-Jun-2008) Premier Cup Series akan diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya – jam 8am hingga 6pm. Masuk adalah percuma!

Premier Cup Series
Ada disediakan makanan, tapi mungkin kena bayar sebab pelajar kat situ (aku la tu :D ) dapat kupon makan percuma. Jadi sesiapa nak ikut aku Jumaat ni, ada 4 kupon makan percuma, Sabtu ada 1 (sebab abang aku dan keluarga mungkin ikut) dan Ahad ada 3.

Selain daripada layan tengok sukan berkuda, boleh juga bagi anak-anak layan Pony Rides dan Carriage Rides. Persembahan kebudayaan pun ada (mungkin kuda kepang :D )

Kalau nak pergi sendiri-sendiri pun boleh, peta boleh tengok kat sini: http://premiercup.com.my/2008/venuenmap

Website rasmi untuk acara ni: http://premiercup.com.my/2008/

wassalam.