Penambahan kelengkapan

Dihantar pada July 30th, 2008 dalam Kuda, Me oleh Abu Mu'aaz

Hari ni pergi menunggang lagi… macam biasa menunggang Buddy Red, dah kurang degil dia… mungkin dah biasa dengan aku.

Hari ni aku berpakaian boleh dikatakan lengkap. Sebab apa ‘boleh dikatakan’ pula? Sebab aku pakai jeans biasa bukan jodphurs. Tapi ikut orang juga… ada yang kata pakai jeans pun dah kira lengkap, kalau masuk pertandingan baru la pakai jodphurs. Aku kurang berkenan sikit nak pakai jodphurs ni, sebab sendat, tak bertepatan dengan sunnah. :D

Kelengkapan menunggang yang aku baru dapat hari ni adalah sarung tangan :D

Mungkin ada orang kata dia dah ada sarung tangan menunggang motosikal… tak sama… anak panah gambar di atas ni menunjukkan kawasan perlindungan tambahan di sarung tangan khas untuk menunggang kuda. Sebab apa perlindungan di situ? Sila rujuk Menunggang Buddy Red. Lagi pun, cuma RM20 :D

Dengan sarung tangan ni, “canter” pun dah bertambah baik, alhamdulillah. Dah boleh tumpu untuk betulkan kedudukan kaki – sebelum ni pedih di jari hilangkan tumpuan :D

Dua gambar lagi:

Topi keselamatan (Safety Helmet)

Menjemur topi keselamatan dan sarung tangan – panas pagi ni, memang berpeluh sakan :D

wassalam.

Bergambar

Dihantar pada July 22nd, 2008 dalam Me, Mu'aaz oleh Abu Mu'aaz

Manhatan

Cukup susah encik ni nak tengok kamera sekarang ni. Pemalu kamera ke Mu’aaz ni? :D

Sekarang ni Mu’aaz dah pandai bercakap, lebih daripada 2 perkataan dah dalam satu ayat. Bila dah pandai bercakap, kuat pula dia mengarah orang… tepi, cepat, nak tu, duduk, duduk bawah, nak keluar, jom…

Bilang pun dah pandai sikit-sikit. Cuma dia selalu langkau nombor 5, 6, 7, 9. Paling dia suka nombor 10, lepas sebut nombor 10, mesti ketawa besar :D

Kenderaan-kenderaan dalam buku kenderaan bergambar pun dia dah kenal semua. Kegemaran dia bas, sebab senang nak sebut kot, lagipun bas ni daripada kecil lagi dia dah boleh sebut, nampak lori pun dia sebut bas. Paling menarik bila dia sebut ambulans la… berbelit lidah :D

wassalam.

Hack out

Dihantar pada July 16th, 2008 dalam Kuda, Me oleh Abu Mu'aaz

S: Apa “hack out” ni?

J: “Hack out” ni adalah menunggang kuda di luar, seperti di tepi jalan raya, denai, tepi tasik, tepi rumah orang, bawah jambatan ERL, tepi “back-hoe”, dan sebagainya. “Hack out” ni juga melibatkan naik-turun bukit, bergantung kepada kawasan “hack out” tu.

  1. Hari ni lepas menyatakan rasa teringin nak “hack out”, cikgu Syahrul pun setuju.
  2. Macam biasa tunggang Buddy Red.
  3. Macam biasa juga, Buddy ni bila baru keluar daripada “stable” memang pemalas, tapi bila dah melepasi kawasan “paddocks” Buddy dah mula “active walk”. Buddy tahu la tu dia tak kena masuk “paddock” pagi ni.
  4. Rupa-rupanya “active walk” ni bila lama-lama penat juga (mungkin sebab dah 3 minggu tak menunggang?).
  5. Bila sampai di satu ‘jalan balak’ yang agak lurus ni, kami “posting trot” kira-kira 500 meter.
  6. Semakin bertambah penat. Sendi dan otot buku lali kaki kiri dah tak tahan.
  7. Lepas “trot” banyak la juga lalu jalan yang mencabar, naik-turun bukit.
  8. Sampai dekat satu longkang cikgu nasihatkan supaya tak lompat, jadi kena la turun dan tuntun Buddy melepasi longkang tu… hasilnya:
  9. Kasut dan “chaps” berlumpur. Kaki kanan tu bekas kena pijak.
  10. Dalam perjalanan balik Buddy memang sangat aktif – sebab Buddy tahu bila balik, dapat makan.
  11. Dah masuk balik dalam kawasan Taman Ekuestrian, cuba “canter” pula di trek.
  12. “Canter” di kawasan terbuka memang berbeza dengan “canter” dalam “paddock”. Tambahan pula dah dalam perjalanan balik ke “stable”.
  13. “Canter” kali ni rasa sangat laju dan agak menakutkan. Waktu-waktu macam ni pemakaian topi keselamatan sangatlah dihargai.
  14. Waktu dalam “paddock” rasa macam tak guna saja pakai topi keselamatan.
  15. Disebabkan “canter” kali ni laju dan Buddy tak sabar nak balik stable, nak berhenti sangatlah susah… akibatnya:
  16. Melecet lagi jari di kedua-dua belah tangan.
  17. Lepas ni nak kena pakai sarung tangan la.
  18. Memang sasaran aku belajar menunggang kuda ni untuk mahir dalam “hack out” ni, bukan nak masuk “show jumping” ke, jauh sekali “dressage”, tapi mungkin berminat juga nak cuba “endurance”.
  19. Bila dah cuba “hack out”, baru la boleh tahu lasak mana Yang dipertuan agong sekarang ni yang menyertai “endurance”… memang lasak.

wassalam.

Even Better…

Dihantar pada July 2nd, 2008 dalam Kenderaan, Me oleh Abu Mu'aaz

Picture below snapped on 1st July (T-Day) :D

18.3 KM = 1 liter

18.3 KM = RM 2.70

1 KM = RM 2.70 / 18.3 KM

1 KM = RM 0.15

100 KM = RM 15.00

——–

18.3 KM = 1 liter

1 KM = 1 liter / 18.3 KM

100 KM = (1 liter / 18.3 KM) * 100

100 KM = 5.46 liter

This time I use Petronas.

Update (July 3rd): Just fill-up just now; Shell this time and will compare when reach 3/4 tank.

wassalam.

Tot ziens Ferrari, Willkommen BMW Sauber.

Dihantar pada July 1st, 2008 dalam Kenderaan, Me oleh Abu Mu'aaz

Goodbye , welcome .

Graphics source www.shell.com and T-Systems Intranet.

wassalam.