Solat Sunat Tarawih
- Memandangkan Ramadhan hampir tiba, jom cerita tentang Solat Sunat Tarawih.
- Ibadat khusus yang mula-mula kita lakukan bila tibanya Ramadhan adalah Solat Sunat Tarawih iaitu pada malam sebelum kita berpuasa esoknya.
- Seingat aku setiap kali Ramadhan, mesti ada pertikaian (kalau tak bergaduh pun) tentang bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih.
- Ada yang mempertahankan 11 rakaat dan juga yang mempertahankan 20 rakaat.
- 11 dan 20 ni umum di Malaysia, kalau di negara Islam yang lain, banyak lagi pendapat.
- Jadi kita bincang 11 dan 20.
- Dalam bab ni kita sepatutnya berlapang dada kerana kedua-dua pendapat (11 & 20) mempunyai dalil yang sahih daripada nabi SAW.
- Yang menjadi sebab perselisihan adalah cara pemahaman dalil tu sendiri.
- Terdapat dua dalil utama yang menjadi sandaran dalam bab rakaat Solat Sunat Tarawih ni:
- Hujah yang menyokong 11 rakaat adalah… isteri nabi SAW (’Aisyah) merupakan orang yang paling mengetahui bagaimana solat sunat nabi SAW kerana kebanyakkan solat sunat dilakukan di rumah.
- Hujah ini merujuk kepada hadith pertama.
- Selain itu, keumuman hadith kedua juga memenuhi syarat 11 rakaat iaitu dua rakaat dua rakaat sebanyak 4 kali (8 rakaat) atau 5 kali (10 rakaat), diikuti Witir 3 rakaat atau 1 rakaat.
- Dan hadith yang khusus lebih tinggi darjat daripada hadith yang umum.
- Manakala hujah yang menyokong 20 rakaat pula… hadith percakapan nabi SAW (hadith kedua) lebih tinggi darjat daripada hadith perbuatan nabi SAW (hadith pertama).
- Kebanyakkan ulama’ besar yang menyokong 20 rakaat masih menganggap 11 rakaat merupakan sunnah, tetapi tidak menghadkan kepada 11 rakaat kerana keumuman hadith kedua.
- Dan ulama’ besar ini juga tidak menghadkan setakat 20 rakaat sahaja! Asalkan dilakukan dua rakaat dua rakaat.
- Boleh jadi 22, 24, 28 dan seterusnya.
- Berbeza dengan yang menyokong 20 rakaat di Malaysia yang menetapkan hanya 20 rakaat untuk Solat Sunat Tarawih.
- Begitu juga dengan yang menyokong 11 rakaat… sangat mudah menuduh bid’ah kepada yang melakukan 20 rakaat padahal hadith yang menjadi sandaran adalah sahih dan mempunyai hujah yang sah.
- Manakala bid’ah pula adalah… sama ada tidak mempunyai sandaran kepada al-Quran atau as-sunnah, atau hujah yang digunakan dalam menghujahkan al-Quran dan as-sunnah adalah tidak sah.
- Diharap penerangan yang sangat ringkas ni dapat memberi manfaat.
- Oleh itu buatlah pilihan dan sentiasa berlapang dada dengan perbezaan ini.
- WaALLAHu’alam.
Hadith Pertama:
Dari ‘Aisyah:
Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi tidak pernah menambah (bilangan rakaat solat malamnya) pada bulan ramadhan dan bulan lain-lain lebih dari 11 rakaat” [HR Al-Bukhari: 2013, Muslim: 736]Hadith Kedua:
Maksudnya: Seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ketika itu baginda sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: “Bagaimana cara solat malam?” Baginda menjawab: “Dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir.” [HR al-Bukhari: 473].

Gambar hiasan: Solat menghadap “sutrah”
Sumber gambar: http://muslimz87.blogs.friendster.com/photos/kem_solatiq2006/img_0649.jpg
wassalam.
Kacang

Dialog Mu’aaz dengan Tok dia pagi tadi:
Mu’aaz: Ayah?
Tok: Ayah nak pergi kerja. Nak cari…?
Mu’aaz: Duit.
Tok: Duit nak beli apa?
Mu’aaz: Kacang.
Tok: Kacang untuk siapa makan?
Mu’aaz: Mu’aaz.
—-
Mu’aaz sekarang ni sangat minat makan kacang pis. Pagi semalam bila kacang pis habis dalam mi dia, dia dah tak nak habiskan mi.
Sumber gambar: http://www.bonappetit.com/tipstools/ingredients/2008/04/peas
wassalam.
Solat
Semalam balik lambat sikit – lepas maghrib. Sampai saja jalan nak masuk Putra Perdana, beratur-atur kereta. Projek tanam paip untuk Taman Sains Selangor la penyebab kesesakkan lalulintas ni.
Sambil-sambil beratur tu ternampak la kelibat orang dekat salah satu “excavator” (Mu’aaz panggil “back-hoe”) di seberang jalan.

rupanya orang ni tengah solat. Aku nak ambil gambar lebih jelas pun kereta di depan dah jalan, jadi terpaksa jalan juga.
Pengajaran untuk kita yang kerja di pejabat yang disediakan surau siap pendingin hawa lagi – rajin-rajin la solat. Bukan nak memperlekehkan kerja hamba Allah ni, dengar kata pengendali jentera berat macam ni gaji tinggi. Cuma tempat kerja yang menyebabkan dia terpaksa solat dalam keadaan macam tu.
wassalam.
Budak gayat
Sabtu yang lepas bawa Mu’aaz main-main di taman-taman Putrajaya. Kalau boleh, paling kurang sekali seminggu nak bawa Mu’aaz main-main. Nak bagi Mu’aaz berani sikit… asyik gayat saja

Padahal di Banting boleh pula main naik-turun tangga. Gambar atas ni di taman dekat dengan tempat belajar kuda. Kalau tengok latar belakang tu sebenarnya trek kuda. Kebetulan minggu ni ada kejohanan polo di situ, Sabtu lepas ada la orang bawa kuda pusing-pusing trek.

Nak dapat gambar sengih macam ni nak kena tanya “mana gigi?”, kalau tak, jangan harap la
Tengok air liur bawah dagu dia… pagi tadi jumpa Doktor Syed Nazir lagi di KJMC. Banyak juga “ulser” dalam mulut Mu’aaz… nak kena cari taska lain la macam ni… baru seminggu masuk balik taska dah kena macam-macam. Minggu ni ada la tok dengan caq dia jaga… minggu depan?
wassalam.
Kena tinggal seminggu
Minggu lepas Ummu Mu’aaz kena kursus Rabu sampai Jumaat, jadi Mu’aaz kena la tinggal dengan nenek kat Banting seminggu… Abu Mu’aaz kerja petang.
Hari sabtu lepas orang nak buat kabinet dapur datang ukur (lepas sebulan lebih tempah!) kat rumah Kota Warisan. Yang bagusnya orang ni, janji pukul 1, tepat-tepat pukul 1 dia sampai, tak sempat Mu’aaz sampai. Mu’aaz tidur bila sampai rumah Kota Warisan. Aku tengok dalam kereta makin tinggi pula Mu’aaz ni… tu baru seminggu tak jumpa tu…
Angkat Mu’aaz masuk dalam, dia sambung tidur dalam bilik kipas. Setengah jam lebih juga la dia sambung tidur… bila bangun, macam ni la rupa dia:


dok tenung aku… pelik kot… dah seminggu tak jumpa, jumpa pula ntah kat mana… tapi 2-3 minit lepas tu habis semua dinding dia langgar dengan kereta tu
Satu lagi… dia dah boleh sebut nama dia dengan lancar
————
Nak kena habiskan belajar kuda bulan ni juga… kalau terpaksa 2 kali seminggu pun boleh… bulan Ramadhan berhenti belajar… lepas raya sambung balik…
wassalam.
