Jalan-jalan bawa kereta

Dihantar pada February 26th, 2009 dalam Kenderaan, Me oleh Abu Mu'aaz

Ahad lepas sekumpulan pemilik VW Polo GTI keluar jalan-jalan dengan kereta masing-masing dari Cyberjaya ke Negeri Sembilan. Aku pun ikut sekali la :D

Antara Gambar-gambar:

Aturcara lebih kurang macam ni:

  1. Berkumpul di Cyberjaya
  2. Memandu ke Nilai melalui jalan luar biasa
  3. Berhenti minum pagi sambil makan roti
  4. Dari Nilai memandu ke Seremban; jalan luar biasa juga
  5. Makan tengah hari di Seremban
  6. Dari Seremban memandu ke Rembau (ladang serai) tapi tak makan serai cuma minum air kelapa
  7. Pulang ke Lembah Klang melalui jalan biasa.

wassalam.

Wasiat

Dihantar pada February 16th, 2009 dalam Islam, Me oleh Abu Mu'aaz

Dah lama aku niat nak tulis ni… terdetik nak tulis ni pun lepas sembang dengan seorang kawan pasal ni.

Wasiat
Jadi, ni antara pesan-pesan aku kepada sesiapa yang rasa berkaitan lepas aku mati nanti (tak ikut turutan):

  1. Jangan duduk di atas kubur. Maksud hadith:
    • “Daripada Abu Hurairah RA berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya jika salah seorang kamu duduk di atas bara api sampai membakar pakaiannya lalu menembusi kulitnya, masih lebih baik baginya daripada ia duduk di atas kubur”. (H/R Muslim 3/62. Abu Daud 3228. Ahmad 2/311, 444. Baihaqi 4/79. Ibnu Majah dan an-Nasaii.)
  2. Jangan baca al-Quran demi untuk sedekahkan/hadiahkan pahala kat aku. Di dalam tafsir Ibnu Kathir, jilid 4, halaman 335, Imam as-Syafie berkata yang bermaksud:
    • Sesungguhnya pahala bacaan al-Quran dan hadiah pahala tidak sampai kepada si Mati kerana bukan daripada amal mereka dan bukan usaha mereka (si Mati). Oleh kerana itu Rasulullah SAW tidak pernah menghukum sunnah umatnya dan tidak pernah mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menunjukkan kepadanya (menghadiahkan bacaan kepada si Mati) walaupun melalui nas (dalil) atau seruan.
  3. Yang dibolehkan adalah mendoakan aku. Banyak dalil-dalil yang membolehkan, antaranya daripada al-Quran:
    • AL-HASYR, 59:10
    • IBRAHIM, 14:41
    • MUHAMMAD, 47:19
    • “Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Nabi SAW pernah keluar ke (kuburan) Baqi’ mendoakan mereka. Maka ‘Aisyah bertanya tentang itu? Baginda menjawap: Sesungguhnya aku diperintahkan agar mendoakan mereka.” (Hadith sahih riwayat Ahmad 6/252.)
    • “Dari ‘Aisyah: Setelah Baginda berdiri dan lama berdirinya, kemudian baginda mengangkat kedua tangannya (berulang sampai) tiga kali. (Selesai berdoa) Baginda pulang, Baginda bersabda: Maka sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku, lalu dia berkata: Sesungguhnya Rabbmu telah memerintahkan engkau pergi ke penghuni (kuburan) Baqi’ agar engkau memohonkan keampunan untuk mereka.” (Hadith sahih riwayat Muslim, 3/64-65.)
  4. Jangan menghias, membuat batas atau/dan kepungan, meninggikan tanah, letak payung, buat kubah dan mengecat (mengapur) kubur aku. Antara nas-nas yang melarang:
    • “Daripada Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali Bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah SAW mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kubur pun kecuali engkau meratakannya.” (H/R Muslim, 3/61. Abu Daud, 3/70. an-Nasaii, 1/285. at-Turmizi, 2/153-154. al-Bahaiqi, 4/3. at-Tayalasi, 1/168. Dan Ahmad, 741, 154.)
    • Berkata al-Allama Imam al-Baghawi RH yang bermaksud: “Dilarang dari meletak payung di atas kubur kerana ‘Umar RA berkata: Biarkanlah amalnya memayungkannya.”
    • “Dari Jabir RA berkata: Rasulullah SAW telah melarang kuburan dikapur, diduduki atasnya, didirikan bangunan di atasnya, ditambah atau ditulis di atasnya.”
  5. Jangan menyeru, memohon, meminta pertolongan dan/atau berdoa KEPADA aku bila aku mati (yang dibolehkan mendoakan aku – poin no. 3, iaitu berdoa kepada ALLAH untuk kesejahteraan aku). Tak boleh sebab perbuatan ini syirik besar. Dalil-dalil yang membuktikan larangan ni:
    • “Daripada Nu’man Bin Basyir RA, daripada Nabi SAW Baginda bersabda: Doa itu adalah ibadah. Kemudian Baginda membaca ayat (dan telah berfirman Rabbmu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan).” (H/R Abu Daud, 1479. Ahmad, 4/267, 271, 276, 277. Bukhari dalam Adab al-Mufrad, 714. Hakim, 1/491. Ibnu Majah, 3828. Ibnu Hibban 2397. Dan Turmizi.
    • ASY-SYUARA, 26:213
    • AL-QASAS, 28:88

Senarai ni akan aku kemaskini dari masa ke semasa… banyak lagi nak pesan, sumber pun dah ada, cuma buat masa ni, cukup la dulu.

wassalam.