Rindu

Dihantar pada August 21st, 2009 dalam Harith, Me, Mu'aaz oleh Abu Mu'aaz

Rindu aku kat 3_orang tu… rasa macam outstation pulak… hari ni cukup seminggu tak jumpa. InsyaALLAH petang ni boleh jumpa.

—-

Semalam waktu beli makan malam cadang nak keluar sahur, jadi tak beli la makanan sahur… tapi pagi ni rasa malas pulak :D

Jadi, makan saja la tamar 11 biji… tu pun ada orang bagi… semoga ALLAH merahmati dia.

wassalam.

Fitnah

Dihantar pada August 20th, 2009 dalam Islam, Me oleh Abu Mu'aaz

*Penting untuk membaca page Peringatan bagi pos berkategori Islam.

Alhamdulillah sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ni, search engine term yang membawa kepada blog aku ni berkaitan dengan ibadah di bulan Ramadhan.

—-

Seorang sahabat yang training vSphere (VMware 4.0) di KL bermula Isnin lalu sampailah ke hari ni menceritakan, setelah letih minda menuntut ilmu dunia, minda kembali segar bila hari ni dia terus ke kuliah agama di Bukit Jelutong.

Walaupun semasa di dalam kereta mp3 ceramah dipasang, berbeza perasaan bila ber’talaqi’ iaitu menuntut ilmu secara bersemuka dengan ustaz.

Hari ni ustaz menyampaikan tazkirah atau nasihat umum yang pelbagai, daripada puasa, solat dan lain-lain.

Antara yang menarik boleh dikongsikan di sini adalah berkaitan dengan fitnah:

Ramadhan bakal tiba

Dihantar pada August 16th, 2009 dalam Islam, Me oleh Abu Mu'aaz

*Penting untuk membaca page Peringatan bagi pos berkategori Islam.

Dah tak berapa lama lagi kita akan bertemu semula dengan bulan yang penuh berkat. Sebelum ni pun dah ada aku tulis berkenaan puasa, boleh cari balik dalam kategori Islam. Kali ni aku nak tulis sikit saja daripada apa yang aku dapat daripada kuliah di Bukit Jelutong baru-baru ni.

Indahnya Islam

Dihantar pada August 4th, 2009 dalam Islam, Me oleh Abu Mu'aaz

*Penting untuk membaca page Peringatan bagi pos berkategori Islam.

Alhamdulillah hujung minggu lepas sempat aku hadir ke “Daurah Iman Orang Asing” yang berlangsung di UM walaupun sibuk dengan kelahiran Harith.

Panel pembentang yang pertama didatangkan khas daripada Indonesia membincangkan tajuk “Indahnya Islam”.

Sebelum membincangkan tajuk, Ustaz memberikan definisi Islam secara ringkas:

  1. Berserah diri kepada ALLAH dengan tauhid dan tidak menyekutukan ALLAH.
  2. Patuh dan taat kepada ALLAH.
  3. Berlepas diri daripada syirik dan orang-orang yang berbuat syirik.

Seorang muslim juga wajib mengetahui dan memahami 5 rukun Islam, 6 rukun Iman dan Ihsan.

Ghuraba

Dihantar pada August 2nd, 2009 dalam Islam, Me oleh Abu Mu'aaz

“Sesungguhnya Islam dimulai dengan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang asing” – Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah dikeluarkan oleh Imam Muslim.

wassalam.