Kenali sumber agama kita

Dihantar pada September 9th, 2009 dalam Islam, Me oleh Abu Mu'aaz

*Penting untuk membaca page Peringatan bagi pos berkategori Islam.
null

Kena pada masanya Ustaz memberi tazkirah Ramadhan hari Selasa lepas berkenaan sumber agama. Boleh la dijadikan penguat kepada pos Logik yang tak logik.

Sebelum membincangkan sumber agama kita, cuba kita tanya diri kita:

Kenapa perlunya sumber yang khusus dalam beragama?

  • Untuk menyatupadukan manusia. Logiknya apabila semua manusia memegang kepada satu sahaja sumber, secara automatik manusia akan bersatu.
  • Untuk elakkan perpecahan. Apabila terjadinya perbezaan pendapat, lalu dirujuk kepada satu sumber sahaja, perpecahan dapat dielakkan.
  • Supaya lebih meyakinkan. Sumber yang satu dan dijamin terbaik membuatkan kita yakin dalam melakukan amalan agama.

Logik yang tak logik

Dihantar pada September 8th, 2009 dalam Islam, Me oleh Abu Mu'aaz

*Penting untuk membaca page Peringatan bagi pos berkategori Islam.
null

Contoh:

1. Seorang hamba ALLAH menyembelih kambing untuk qurban Hari Raya Haji sebelum solat hari raya lagi dengan alasan semua orang boleh menikmati sedekah daging qurbannya memandangkan tiada siapa pun lagi yang menyembelih kambing ketika itu. Jika sesudah solat hari raya, banyak orang lain lagi akan menyembelih kambing.

Apa pendapat anda? Logikkah?

Apa perasaan?

Dihantar pada September 2nd, 2009 dalam Harith, Me, Mu'aaz, Video oleh Abu Mu'aaz

Apa perasaan anda setelah berbuka puasa dan bersiap-siap untuk bermusafir, tiba-tiba anak anda yang lagi 2 bulan nak cukup 3 tahun, yang sebulan lepas hanya jumpa dia hujung minggu saja kata:

  1. Ayah… makan la dulu… (sambil bersungguh-sungguh tarik tangan ke meja makan)
  2. Ayah… malam ni tidur dengan Mu’aaz ye?

Terdiam aku.

Tapi aku bermusafir pun bukan saja-saja… untuk dia juga satu hari nanti.

dua-dua orang tengah tidur :D

wassalam.