Kuliah atas talian 4

Dihantar pada October 29th, 2009 dalam Islam, Me, kuliah oleh Abu Mu'aaz


InsyaALLAH malam ini (Khamis 29/10/2009), selepas solat maghrib (~ 7.30 PM) akan diadakan kuliah atas talian (online) bersama Ustaz Mohd. Rizal bin Azizan. Beliau merupakan pelajar pengajian Islam di Universiti Malaya.

Untuk mengikuti kuliah ini, bolehlah ke laman http://mumble.asrulmunir.com/ atau http://www.asrulmunir.com/mumble/ dan ikut langkah-langkah yang telah disediakan. Sebarang masalah sila tinggalkan komen di pos ini.

Semoga mendapat manfaat.

wassalam.

Kembali memperkudakan diri

Dihantar pada October 25th, 2009 dalam Kuda, Me oleh Abu Mu'aaz

Pagi tadi setelah hampir setahun lebih tak menunggang kuda (joyride tak kira), aku menunggang kembali…

Kuda kali ni aku tak tau nama apa… tapi dengar kata dah lama orang tak tunggang dia… jadi agak susah nak suruh berjalan, trot jauh sekali la :D

Tapi kalau orang yang dah biasa tunggang dia, senang pulak dia nak trot, malah siap canter lagi… emmm…

Tak pa… insyaALLAH minggu depan cuba lagi… kalau tak boleh tiap-tiap minggu pun, 2 kali sebulan pun cukup la daripada tak menunggang langsung. Kesihatan perlu dijaga.

Kemas kini: Hari ni satu badan sakit-sakit :D

Gambar hiasan.

wassalam.

Kuliah atas talian 3

Dihantar pada October 22nd, 2009 dalam Islam, Me, kuliah oleh Abu Mu'aaz


InsyaALLAH malam ini (Khamis 22/10/2009), selepas solat maghrib (~ 8 PM) akan diadakan kuliah atas talian (online) bersama Ustaz Fathul Bari bin Dato’ Alim Panglima Mat Jahya. Beliau merupakan Muslim Chaplin/Patient Counselor di Institut Jantung Negara (IJN).

Untuk mengikuti kuliah ini, bolehlah ke laman http://mumble.asrulmunir.com/ dan ikut langkah-langkah yang telah disediakan. Sebarang masalah sila tinggalkan komen di pos ini.

Semoga mendapat manfaat.

wassalam.

Mandi hujan

Dihantar pada October 21st, 2009 dalam Me, Rumah oleh Abu Mu'aaz

Disebabkan benda di bawah ni rosak,

air kat “shower head” menitik-nitik. Dah nak kena tutup suis utama. Bila tutup suis utama, sinki, pam jamban dan paip dekat jamban pun tak menerima bekalan air…

Jadi “shower head” terpaksa “transform” jadi macam ni:

“shower head” kini ada dua suis :D

Amaran: Untuk orang yang tinggi sahaja!

wassalam.

Kuliah atas talian 2

Dihantar pada October 18th, 2009 dalam Islam, Me, kuliah oleh Abu Mu'aaz


InsyaALLAH malam ini (Ahad 18/10/2009), bermula selepas solat maghrib (~8 PM) akan diadakan kuliah atas talian (online) bersama Ustaz Rasul Dahri. Beliau merupakan penceramah bebas yang berasal dari Singapura dan menetap di Johor.

Untuk mengikuti kuliah ini, bolehlah ke laman http://mumble.asrulmunir.com/ dan ikut langkah-langkah yang telah disediakan. Sebarang masalah sila tinggalkan komen di pos ini.

Semoga mendapat manfaat.

wassalam.

Berjemur

Dihantar pada October 17th, 2009 dalam Kenderaan, Lain-lain, Me oleh Abu Mu'aaz

Sia-sia saja kereta ni berjemur hari ni…

Geram betul orang mungkir janji ni…

wassalam.

Senyum

Dihantar pada October 16th, 2009 dalam Harith, Me, Video oleh Abu Mu'aaz

Harith sekarang ni kalau orang bersembang, usik-usik dia, dan mood dia baik, dia akan senyum atau kadang-kadang ketawa :D

Ni antara video yang dia senyum sikit… senyum lebih daripada ni pun dah selalu… tapi susah nak ambil gambar atau video sekarang ni… mesti ada yang “nak tengok” punya :D

wassalam.

Kuliah atas talian

Dihantar pada October 15th, 2009 dalam Islam, Me, kuliah oleh Abu Mu'aaz


InsyaALLAH malam ini (Jumaat 16/10/2009), selepas solat maghrib (8 PM) akan diadakan kuliah atas talian (online) bersama Ustaz Fathul Bari bin Dato’ Alim Panglima Mat Jahya. Beliau merupakan Muslim Chaplin/Patient Counselor di Institut Jantung Negara (IJN).

Kemas kini: Kuliah berkisar dalam tajuk berkaitan aqidah dan Umdatul Ahkam.

Untuk mengikuti kuliah ini, bolehlah ke laman http://mumble.asrulmunir.com/ dan ikut langkah-langkah yang telah disediakan. Sebarang masalah sila tinggalkan komen di pos ini.

Semoga mendapat manfaat.

wassalam.

Cuit Yasin

Dihantar pada October 13th, 2009 dalam Islam, Me oleh Abu Mu'aaz

*Penting untuk membaca page Peringatan bagi pos berkategori Islam.

Orang Melayu cukup sensitif bila surah Yasin “dicuit”.

Berikut adalah kisah benar yang berlaku di sebuah surau di pejabat syarikat Jerman:

Harith pula

Dihantar pada October 11th, 2009 dalam Harith, Me, Video oleh Abu Mu'aaz
Muka surat seterusnya »