Sembelih kambing, makan kambing, tidur kambing ;-)

Dihantar pada November 30th, 2009 dalam Islam, Me, Video oleh Abu Mu'aaz

Sebelum
null

Sedang
null

Selepas

Alhamdulillah, pisau tajam tahun ni :D

wassalam.

Tauliah

Dihantar pada November 13th, 2009 dalam Me, Video oleh Abu Mu'aaz

Konon-kononnya:

Mu’aaz: ayaaaaahhh… ajar Mu’aaz solat, Mu’aaz tak pandai la…

Dua langkah lonjak IT

Dihantar pada November 11th, 2009 dalam Me, Mu'aaz, Video oleh Abu Mu'aaz

Langkah 1. Senaman muka.

Langkah 2. Belajar huruf J dan C.

Budak-budak sekarang ni cepat betul belajar… sekejap je Mu’aaz dah reti guna tetikus (mouse) dan klik-klik dalam laman web belajar ABC.

Dulu aku pernah jadi “cikgu” di kafe siber, jenuh nak mengajar orang tua guna tetikus :D orang tua sesuai guna Linux sebab CLI (Command Line Interface) dalam Linux sangat berguna berbanding MS-DOS.

wassalam.

Jangan sampai kena boikot. Jom berkorban!

Dihantar pada November 1st, 2009 dalam Islam, Me oleh Abu Mu'aaz

*Penting untuk membaca page Peringatan bagi pos berkategori Islam.

InsyaALLAH tak sampai sebulan lagi umat Islam akan menyambut satu lagi perayaan yang dinamakan Hari Raya Aidil Adha.

Malangnya, banyak yang menjadikan Hari Raya Aidil Adha tak lebih daripada cuti umum sahaja.

Tahukah anda ulama’ berbeza pendapat sama ada melakukan sembelihan (korban) haiwan ternakan berkaki empat pada 3 hari pertama hari raya ini adalah wajib jika mampu atau sunat yang sangat dituntut?