Sayangkan kereta…

Posted on January 6th, 2010 in Harith, Kenderaan, Me, Melancong, Mu'aaz by Abu Mu'aaz

Sayangkan kereta, lenjan-lenjankan :D

Hari Sabtu yang baru lepas, aku, Ummu Mu’aaz dan Harith pergi ke Bukit Fraser. Mu’aaz bergembira di Perlis :D

Hampir-hampir tak jadi pergi sebab Harith meragam…

Sebelum ni sangat susah nak dengar Harith menangis kecuali waktu mengantuk sangat atau lapar. Tapi sekarang ni (sampai ke hari ni) bangun tidur saja kalau tak ada orang layan, mesti menangis.

Walaupun tak ada apa benda sangat pun di Bukit Fraser – naik kuda pun “joy ride” saja, tapi aku puas hati memandu pergi dan balik :D :D :D

Pergi melalui Pahang (Raub) dan balik melalui Kuala Kubu Baharu. Jalan yang agak basah lebih menyeronokkan :D

Dengan kenderaan yang tak banyak sangat, gear 3 dah cukup untuk naik bukit sambil turbo menjerit sekali sekala.

Turun bukit banyak guna brek memandangkan brek pad lebih murah berbanding “gear box” dan “clutch” :D

Sampai rumah tangan lenguh di sebabkan:

  1. Pusing steering kiri-kanan naik-turun bukit
  2. Malam-malam kena dokong Harith yang susah nak tidur – dah 7 KG tu :D

Antara gambar-gambar (tak banyak sebab Harith mood tak baik + bateri telefon bimbit masing-masing kekurangan kuasa):

Tempat “joy ride”


wassalam.

Stumble it!

3 Responses to 'Sayangkan kereta…'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Sayangkan kereta…'.


  1. on January 9th, 2010 at 3:20 am

    Perkh bang, byk betui dah janggut ko hehehehe


  2. on February 7th, 2010 at 5:40 am

    Kalau sayang binik cemana lak bang muhahahahha

  3. Abu Mu'aaz said,

    on February 8th, 2010 at 6:48 am

    sayang bini jangan lenjan :D

    wassalam.

Post a comment

*
To prove you're a person (not a spam script), type the answer to the math equation shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the equation.
Click to hear an audio file of the anti-spam equation