Tuntut ilmu sampai ke negeri China?
*Penting untuk membaca page Peringatan bagi pos berkategori Islam.

Lama betul tak letak pos baru dalam blog ni… sibuk, nak buat macam mana…
Minggu ni aku terlepas 2 kuliah agama yang best sebab kerja… yang mula-mula tu dah sampai dah pun di tempat kuliah, tapi terpaksa patah balik… tapi bukan di negeri China la tempat tu
Imam as-Syafie RH ada meletakkan 6 syarat untuk penuntut ilmu. Tidak akan mendapat ilmu kalau tak cukup 6 syarat ni:
- Kepandaian – digunakan untuk memahami ilmu.
- Kemahuan yang kuat – sedar kepentingan ilmu dan menuntut ilmu tanpa paksaan.
- Bersungguh-sungguh – tidak bermalas-malasan dan sentiasa memberi alasan bila ada majlis ilmu.
- Bawa bekal – buku nota, pen, alat perakam suara, kitab rujukan, al-Quran.
- Bimbingan Ustaz – tidak cukup dengan membaca kitab, perlu kepada guru.
- Masa yang panjang – tidak berharap mendapat semua ilmu dalam sekelip mata.
Jadi apa kaitan dengan tajuk pos ni?
Ilmu apa yang Imam as-Syafie maksudkan ni? Tentu sekali ilmu agama.
Ada yang mengatakan tajuk pos ni merupakan hadith daripada Nabi SAW. Jumaat yang baru lalu di sebuah masjid, khatib membaca “hadith” ni dan dinasabkan kepada Nabi SAW. Adakah negeri China tempat yang sebaiknya mendapat saranan Nabi SAW untuk menuntut ilmu agama? Atau Nabi SAW menganjurkan menuntut ilmu dunia di negeri China?
Sedangkan Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud “Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu” – Shahih Muslim (1366)
Jadi apa status tajuk pos ni?
Hadith palsu… banyak imam-imam besar memberi taraf palsu kepada “hadith” ni. Antaranya ialah al-Albani, Imam Ahmad, al-Bukhari, Ibnu Hibban, an-Nasa’i, az-Zahabi, Ibnu Iraq dan lain-lain.
Rujukan: Himpunan Hadis Dha’if dan Maudhu’ (Jilid 2), oleh DRS. ABDULH GHANI AZMI BIN HADI IDRIS. (keluaran: Al-Hidayah) – kalau nak, aku boleh tolong carikan.
wassalam.
Post a comment