Marah

Posted on March 7th, 2010 in Islam, Me by Abu Mu'aaz

Penting untuk membaca page Peringatan bagi pos berkategori Islam.

Marah tak bila baca kepala berita yang macam ni?

Perkara macam ni terjadi pun sebab marah.

Alhamdulillah hari Sabtu minggu lepas Ustaz membincangkan hadith ke-16 daripada kitab hadith 40 imam an-Nawawi. Walaupun sesuatu terjadi di rumah, di sebabkan tajuk yang sangat kena dengan kepala berita di atas yang sangat kerap berlaku akhir-akhir ni, aku tunggu sampai habis kuliah.

Maksud hadith ke-16:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Berilah wasiat kepadaku”. Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Janganlah engkau mudah marah”. Maka diulanginya permintaan itu beberapa kali. Sabda beliau : “Janganlah engkau mudah marah”. [Bukhari no. 6116]

Faedah daripada hadith ini:Nabi SAW memberikan jawapan yang berbeza apabila diminta memberikan wasiat atau nasihat. Perkara ini terjadi disebabkan Nabi SAW menjawap sesuai dengan siapa yang bertanya. Begitu juga dengan kita apabila berbicara, agak penting untuk mengenali dengan siapa kita berbicara.

Ustaz menambah bahawa hadith ini bukanlah melarang marah. Malah marah itu sendiri merupakan fitrah bagi setiap manusia. Paling penting sekali adalah bagaimana kita menghadapi marah itu sendiri.

Daripada sinilah Ustaz menyenaraikan 11 perbincangan berkaitan marah di sisi agama Islam. Setiap perbincangan Ustaz sertakan dengan dalil-dalil, malangnya aku tak boleh rakam sebab telefon perlu berada ditangan mengetahui perkembangan di rumah. 11 perbincangan yang aku sempat catat:

  1. Berta’awuz. Iaitu mengucapkan a’uzubillahiminasyaitonirrojim. Kerana sesungguhnya perasaan marah itu datangnya daripada syaitan.
  2. Mendiamkan mulut. Dalam keadaan marah, perkataan-perkataan yang tidak enak didengar malah perkataan-perkataan yang membawa kepada kesyirikkan sangat mudah terpantul daripada mulut.
  3. Tenangkan diri. Apabila marah dalam keadaan berdiri, dianjurkan duduk, dan jika dalam keadaan duduk, dianjurkan berbaring. Duduk berbanding berdiri dan berbaring berbanding duduk dapat menghadkan perbuatan fizikal yang memudaratkan.
  4. Ingat hadith di atas. Ingat pesanan junjungan kita yang merupakan perkataan yang bukan datang daripada nafsu, tetapi merupakan wahyu.
  5. Ingat janji ALLAH. Sesiapa yang dapat mengawal marah dengan hati yang penuh redha, dijanjikan syurga. ALLAH juga akan menyebut nama individu yang mengawal marah dengan hati yang penuh redha di padang Mahsyar selepas hisab. Individu ini akan diberi peluang untuk memilih sendiri bidadari yang akan menemaninya di syurga kelak.
  6. Orang yang dapat mengawal marah adalah orang yang kuat! Sesiapa yang dapat mengawal marah akan menwaskan marah itu sendiri, syaitan pada dirinya dan juga syaitan orang yang menyebabkan kemarahan. Oleh sebab itu, sesiapa yang dizalimi, lalu dapat mengawal kemarahan, merupakan jaguh yang sebenar!
  7. Ikut cara Nabi SAW mengawal marah. Kisah seorang Arab Badwi menarik baju baginda yang diperbuat daripada kain yang kasar sehingga berbekas di leher baginda sambil meminta harta daripada baginda SAW. Baginda menerima perbuatan ini sebagai nasihat seorang rakyat kepada pemimpin supaya menjalankan tanggunjawap menjaga ekonomi rakyat.
  8. Selain itu, Nabi SAW juga pernah marah dan marah baginda bertempat dan demi menjaga agama ALLAH. Baginda pernah memarahi Mu’aaz Bin Jabal apabila Mu’aaz bersolat terlalu lama sewaktu dia menjadi imam, padahal makmum ketika itu merupakan orang-orang yang baru memeluk agama Islam.
  9. Dan juga Nabi SAW memarahi Usamah Bin Zaid apabila Usamah bertanyakan hukuman yang patut dikenakan kepada seorang bangsawan Arab yang didapati mencuri padahal hukum untuk orang yang mencuri telah jelas.
  10. Mengawal marah merupakan sifat orang yang bertakwa. Selain menahan marah, disertai juga dengan memaafkan dan melupakan kesalahan yang telah lalu.
  11. Mudah menerima teguran. Mudah menerima teguran orang lain ketika sedang marah. Mungkin kelihatan mudah, tetapi dalam keadaan marah, teguran orang lain biasanya menambahkan lagi kemarahan.
  12. Sedar akibat buruk daripada marah. Banyak kajian saintifik membuktikan yang marah menyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya. Dan juga kesan buruk kepada orang lain (baca kembali kepala berita di atas).
  13. Akhir sekali, apabila marah, asingkan diri, bersendiri, muhasabah diri sendiri dan berdoa kepada ALLAH. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran tentang kelemahan diri sendiri dan lebih penting mengingatkan kita kepada perkara-perkara yang disebutkan di atas.
  14. Pesanan ini aku tujukan terutama sekali kepada diri aku sendiri.

waALLAHu’alam.

wassalam.

Stumble it!

2 Responses to 'Marah'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Marah'.

  1. crystal said,

    on March 11th, 2010 at 11:17 am

    semoga si pembunuh mendapat balasan yang setimpal…..
    nice post ustaz…..

    sila lawati photoblog saya

    http://gambarankasar.blogspot.com/

  2. abu affan said,

    on March 24th, 2010 at 5:28 am

    macam telinga muaaz

Post a comment

*
To prove you're a person (not a spam script), type the answer to the math equation shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the equation.
Click to hear an audio file of the anti-spam equation